Thursday, 2 February 2017

10 Cara Penjagaan Bayi Pramatang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana yang menanti kelahiran baby baru mereka dan kadang-kadang kita tak dapat mengagak apa yang akan berlaku dalam tempoh kehamilan.
Hari ini saya nak share artikel tentang bayi pramatang.
Tapi apa tu pramatang, Bayi pramatang ni ialah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan. Biasanya, lebih awal bayi dilahirkan maka lebih banyak risiko yang mungkin dihadapi bayi berkenaan.


Kelahiran pramatang ini akan menyebabkan bayi kurang masa membesar di dalam rahim ibu sebelum perlu menyesuaikan diri di luar rahim.
Penjagaan untuk bayi pramatang ini mungkin berbeza dari bayi yang lahir cukup bulan. Ibu dan bapa perlu tahu teknik penjagaan anak ini dengan betul.
Ada beberapa perkara yang boleh puan-puan lakukan jika berlaku kelahiran bayi pramatang ini
1. Sentuhan ibu
Hangat sentuhan ibu ini boleh dikatakan sangat ajaib jadi sentuhlah bayi anda selalu.
Peluk dan dakaplah dia dengan rapat, perbuatan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan ia juga boleh membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.


2. Suara ibu meyamankan jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang anda.
Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang anda dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya.




3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting.
Jadi ia merupakan makanan yang terbaik bagi bayi anda. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda atas sebab tertentu, bincanglah dengan doktor anda segera mengenai sebarang alternatif terbaik bagi susu ibu.
Jika menggunakan botol, pastikan alatan menyusu disteril sebelum digunakan.


4. Pantau keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya.
Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih dari bayi yang lain. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang anda dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.
Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tak banyak menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatutnya mereka diahirkan.
5. Posisi bayi anda tidur
Seboleh bolehnya pastikan bayi tidur terlentang bukan meniarap. Bayi pramatang dibawah 6 bulan terdedah kepada risiko kematian secara tiba tiba dalam tidur atau Sudden Infant Death (SID). Jadi biarkan mereka tidur secara terlentang untuk membolehkan kita memantau keadaan mereka
6. Suhu bilik tidur
Sesuaikan suhu bilik dirumah, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Bayi pramatang sangat sensitif.
7. Semak pernafasan bayi anda
Pernafasan bayi boleh terhenti selama beberapa ketika. Ini dipanggil Apnea. Pastikan anda belajar cara untuk membantu bayi bernafas semula sebelum meninggalkan hospital. Atau cepat cepat dapatkan bantuan jika keadaan ini terjadi
8. Jaga kebersihan diri
Biasakan cuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. Kami guna hand sanitizer yang dibeli di farmasi ketika itu. Lebih mudah
9. Kurangkan aktiviti luar
Kurangkan keluar atau berjalan jalan di tempat yang sesak dan ramai orang kerana mereka mudah terkena jangkitan penyakit.
10. Menerima tetamu
Jika ada yang bertandang di rumah, beritahu mereka keadaan anak tidak berapa kuat supaya mereka faham situasi anda dan juga anak anda. Bayi anda masih belum kuat untuk melawan sebarang penyakit yang berjangkit seperti selsema atau demam.
Bagi seorang ibu atau bapa, penting untuk anda menjaga keperluan anda dan juga kesihatan anda.Kalau boleh tugas ini perlulah kerjasama di antara anda berdua. Jika anda sendiri tidak bertenaga, mana ada tenaga yang cukup untuk menjaga bayi anda?
Apa yang penting, jangan lupakan bahawa anda telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini.
Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda.

Tidak dinafikan memang mencabar menjaga bayi pramatang ni.Semoga ibu-ibu diluar sana yang berhadapan bayi pramatang diberi kesabaran menjaga mereka.
Disini saya nak kongsikan 1 testimoni tips penyusuan bayi pramatang.
https://vimeo.com/ireachhd/premature
Harap info kali ini bermanfaat untuk anda semua.

Nantika post sy seterusnya...pastinya bagaimana Shaklee membantu anda sebagai mummy kepada bayi pramatang...

Tunggu...


Siti Mahani Ahmad

fb                          : Siti Mahani Ahmad
page                     : Butik Kesihatan Anda
ID                         : 916251
sms / whatsapp : 010-7669815

Cash On Delivery : Pasir Gudang, Masai, Bandar Seri Alam, Plentong, Felda Cahaya Baru dan sekitar Johor Bahru.
Pengeposan Poslaju keseluruh Malaysia.

Anda juga boleh menggunakan id sy : 916251 (Siti Mahani Ahmad) untuk mendapatkan harga ahli di semua cawangan Shaklee yang terdekat dengan rumah anda!! 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment